TRUSANKITANI.COM <$BlogMetaData$>
 
UTAMA | SEJARAH | PERISTIWA BERGAMBAR | KELUARGA KITANI | AGAMA | KOMEN BISKITA | ARKIB |  NOSTALGIA | HUBUNGI |
Selamat Datang ke Laman Blog kitani.

Di Trusan, Lawas, Sarawak, Malaysia

WAGA TUA KITANI
MUTIARA IMAN
Mu'az bin Jabal Berkata:
"....Mencari Ilmu adalah Ibadah, mengkajinya adalah tasbih, menuntutnya adalah jihad, mengajarnya kepada ahli keluarga adalah taqarrub..."

INFO SOLAT
PROJEK JAMBATAN TRUSAN
PROJEK BENTENG SG. TRUSAN
NOSTALGIA KAMPUNGKU

PETIKAN AKHBAR
PENGUMUMAN
Sila Tinggalkan Pesan
Trusankitani Lawas


kitchens brisbane

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR KEPADA PELAJAR-PELAJAR KITANI DI SK TRUSAN  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARI KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   NIKMAT HANYA AKAN DIRASAI SELAPAS ADANYA SENGSARA   *   MENGAPA KITA PERLU MENGATAKAN YA KEPADA YANG HARAM DAN SUBAHAT, SEDANGKAN DAHI KITA SUJUD,MULUT KITA BERTASBIH DAN HATI KITA BERZIKIR KEPADA ALLAH..APAKAH KITA MASIH RAGU AKAN JANJI ALLAH!   *   
PEYERAHAN WANG EHSAN MANGSA BANJIR

Pekan Trusan, 15 Jun 2009 :Bertempat di Dewan Serbeguna Pekan Trusan berlangsung penyerahan wang ehsan mangsa banjir yang berlaku awal tahun ini. Lebih 450 mangsa banjir telah hadir dan menerima bantuan masing-masing yang di sampaikan sendiri oleh YB Dato Sri Amar Hj. Awang Tengah Ali Hasan pada satu majlis ringkas pada petang tersebut.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan tentang usaha kerajaan membantu mereka yang mengalami kesusahan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa. Apatah lagi bencana alam bukanlah sesuatu yang dirancang namun kerajaan tetap prihatin tentang keperluan rakyat dan sentiasa berdampingan dengan rakyat dalam menghadapi apa jua masalah dan berusaha meringankan bebanan yang ditanggung. Di majlis itu beliau menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir pada awal Februari lalu yang mana masing-masing mereka mendapat bantuan antara RM300 hingga RM3000. Bagi mereka yang secara langsung terlibat banjir telah meneriama RM300 bagi setiap keluarga, sementara itu rumah yang diancam tanah runtuh menerima bantuan RM3000 setiap sebuah. Disamping itu bagi meringankan bebanan para petani setiap mereka menerima RM1000. Ini diharapkan boleh meringankan sedikit bebanan dan mengurangkan kerugian mereka akibat kemusnahan tanaman dan ternakan yang musnah semasa banjir.
Di akhir ucapanya, beliau menyampaikan khabar gembira kepada penduduk Trusan dengan mengumumkan tentang kelulusan peruntukan kerajaan untuk membina benteng sungai di Kampung Dato Mohamad dan Kampung Balai Trusan yang menelan belanja 6 juta ringgit dan pembinaan jalan baru dari SMK Trusan ke projek perumahan Kampung Gelapas yang bernilai sekitar 5 juta. Semua projek tersebut dijangka bermula akhir Julai 2009 ini.
 
GAMBAR DAN PERISTIWA
     
 

    
DARI PENULIS BISKITA
BISMILAHIRAHMANIRAHIM.
Assalamulaikum warah matullah hiwabar katuh.. dan salam Sejahtera
Kepada pembaca yang sudi menjenguk laman blog ini terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terimakasih. Kini genap setahun blog ini di arena global. Dari pencerapan yang dibuat ia bukan saja dikunjungi oleh orang kitani malahan juga turut dikunjung oleh orang luar seperti US, Austrlia, Singapura dan Nagara Brunai Darussalam. Walaupun jumlah kunjungan tidaklah sebegitu hebat namun setakat ini ianya telah melebihi 2600 pengunjung. Sebagai blog kecil yang tidak popular seperti ini, ianya sudah cukup baik dan memberangsangkan.
Tujuan asal blog ini dibuat ialah sebagai mengetengahkan Trusan ke mata dunia. Disamping itu menjadi majalah dan sumber maklumat kepada warga ketani disamping dapat mengasah bakat berkaria dikalangan anak tempatan. Oleh itu saya menjemput sesiapa yang ingin menyumbang idea dan maklumat untuk ditambah ke dalam laman ini. Namun segala bahan yang dihasilkan biarlah yang mempunyai unsur maklumat dan santai. Saya sentiasa cuba mengelak sebarang unsur yang kurang bermanafaat, menyentuh secara khusus keperibadian dan tingkah laku seseorang, cendrong kepada politikus tertentu atau sensitviti agama. Sekiranya pun berlaku sedemikian, saya tidak bermaksud kearah itu, mungkin cuma secara kebetulan yang tidak disengajakan. Bak kata pepatah "Yang Benar itu Pasti Benar, Yang Salah Itu Tetap Salah".
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut menyumbang idea, mengkritik dan memberi saranan membina. Semua itu akan tetap saya pertimbangkan selagi tidak lari dari matlamat sebanar saya membina blog ini. Namun untuk memuaskan semua orang pestinya agak sukar dan sudah pasti saya akan melakukan apa yang terdaya. Namun sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan ianya adalah datang dari kelemahan dan kekurangan saya sendiri. Oleh itu saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada biskita semua. Dan setentunya juga saya memohon semoga Allah mengampunkan dosa-dosa tersebut serta sentiasa membimbing saya dalam rahmatnya hingga ke akhir hayat amin...

Selamat Melayari Trusankitani!


MOKTAR BIN JAMAN
Kampung Tengah Trusan>
IKLAN PERCUMA

PENAFIAN

Segala idea, tulisan dan maklumat yang dipaparkan dalam laman ini adalah idea asli dari penulis atau diambil terus dari sumber yang diberikan rujukkan untuk makluman pembaca. Ianya hanyalah merupakan pandangan peribadi yang tidak mewakili mana-mana organisasi, parti politik maupun kerajaan. Oleh itu penulis memohon maaf sekiranya ada sebarang pandangan atau komen tidak memihak kepada orang tertentu dan menyinggung perasan atau mencuit hati khayak pembaca. Sekali lagi mohon ampun dan maaf.

Paparan terbaik ialah 1024px X 768px. Sila Guna IE6 ke atas dan Monzilla Firefox Versi Terkini